Followers

Pages

Wednesday 28 December 2016

Pengalaman Kelahiran Anak di Jepun

Alhamdulillah. Anak pertama kami selamat dilahirkan di Jepun. Ingin kami kongsikan sedikit pengalaman tentang kelahiran anak kami di sini. Kami telah diperkenalkan dengan sebuah private hospital yang mana doktor dan semua staffnya adalah perempuan iaitu 松島産婦人科医院 (Matsushima Obstetrics and Gynecology). Hospital ini terletak lebih kurang 30 minit dari rumah kami. (Link hospital: http://matsushima-ladies.jp/)


1-Kelas preparation

Sepanjang isteri mengandung, kami telah menyertai 2 kali "kelas preparation" yang disediakan oleh pihak hospital. Kelas preparation ini sangat membantu bakal ibu dan ayah untuk menghadapi situasi ketika anak dilahirkan. Antara perkara yang diterangkan dalam kelas ini termasuklah proses kelahiran, prosedur yang perlu dilakukan semasa hari kelahiran, jumlah bayaran hospital, menu makanan yang akan disediakan, dan sebagainya. Semuanya diterangkan dengan sangat jelas dalam kelas ini. Staff hospital (baca: makcik-makcik) juga sanggup bersungguh-sungguh membuat persembahan sketsa untuk menunjukkan situasi sebenar sebelum, semasa dan selepas bersalin supaya mudah difahami oleh bakal ibu dan ayah. Bakal-bakal ibu juga diajar beberapa jenis senaman yang perlu dilakukan untuk melancarkan proses bersalin.

Proses kelahiran, apa yang perlu dilakukan oleh isteri, dan apa yang perlu dilakukan oleh suami di setiap stage. 
Antara senaman yang diajar untuk melancarkan proses bersalin.

2-Pertemuan bersama midwife

Selain daripada kelas preparation di atas, kami juga berpeluang untuk berjumpa one to one dengan midwife sebanyak 2 kali (sekali jumpa 1 jam) untuk berbincang apa sahaja masalah atau apa-apa kemusykilan. Di pertemuan ini, midwife tanya saya sama ada nak 立会(berada bersama isteri ketika bersalin) atau tidak? Nak potong tali pusat anak sendiri tak? Semua saya jawab nak. 

3-Urutan bola tenis

Saya disuruh untuk berlatih mengurut pinggang isteri menggunakan bola tenis sambil diajar oleh midwife tersebut. Memang ternyata bola tenis ini sangat membantu untuk kurangkan kesakitan isteri ketika bersalin, jika dibuat dengan betul. Nak tahu caranya? Boleh jumpa saya dan saya akan ajarkan. 

4-Makanan halal

Di pertemuan ini juga, kami request pihak hospital untuk menyediakan makanan halal sepanjang isteri berada di wad nanti. Midwife minta kami listkan apa yang tak boleh makan supaya nutrionist hospital dapat sediakan menu yang sesuai untuk fast recovery after bersalin. 

5-Uri tidak boleh dibawa pulang

Kami juga request untuk membawa balik uri ke rumah untuk dibersihkan dan ditanam. Tetapi menurut pihak hospital, di Jepun tidak boleh suka-suka tanam organ dan biarkan saja pihak hospital yang dispose uri tersebut.

6-Kupon untuk check-up

Setelah membuat keputusan untuk melahirkan anak di hospital tersebut, pihak hospital memberikan kami borang yang telah dicop untuk di bawa ke city office. Pihak city office memberikan kami 母子手帳(buku rekod ibu dan anak) dan juga kupon yang sangat banyak untuk check-up. Jadi, setiap kali check-up di hospital, kami hanya perlu serahkan kupon-kupon itu sahaja. Kadang-kadang tak perlu bayar langsung untuk chek-up, kadang-kadang hanya perlu bayar jumlah yang tak cukup sahaja.

7-Bermalam di wad (5 hari 4 malam)

Selepas bersalin, isteri saya dimasukkan ke dalam wad selama 5 hari dan 4 malam. Ya, betul. 5 hari 4 malam! Ini adalah normal untuk ibu-ibu yang melahirkan anak di Jepun. Saya rasa ini perkara yang sangat bagus kerana ibu-ibu dapat berehat dengan tenang dan betul-betul kuat dan bersedia untuk uruskan anak bila dah keluar wad nanti. Sepanjang di wad, isteri saya diajar cara-cara untuk uruskan bayi secara praktikal. Bukan asyik tidur je ye! Sudah ada jadual program yang disediakan oleh pihak hospital.

Katil untuk baby. Ibu boleh request nurse untuk tolong jagakan baby di bilik berasingan bila-bila sahaja sekiranya mahu berehat. 
Katil untuk ibu pun luas. Suami tak perlu tidur di atas sofa. 
Almari, meja, komputer dan tv turut disediakan. 
Refrigerator turut disediakan untuk menyimpan susu atau makanan. 
Toilet kering lengkap bersama washlet. 
Jadual program ketika di wad termasuklah foot massage, cara mandikan baby, cara susukan baby, dan sebagainya

8-Hadiah (product sample dan kupon untuk massage)

Kami juga dihadiahkan product sample yang sangat banyak seperti pampers, susu formula, sanitizer dan bermacam-macam lagi oleh pihak hospital. Penuh satu beg. Pihak hospital juga hadiahkan kupon untuk massage dan body care untuk ibu selepas bersalin.

Kupon untuk massage dan body care. 

9-Tali pusat

Tali pusat bayi yang telah dipotong juga dipulangkan kepada kami dalam satu kotak kayu yang cantik untuk disimpan sebagai kenangan. 



10-Bantuan kewangan

Kos keseluruhan (kos bersalin, wad dan sebagainya) adalah sebanyak 470,000 yen (RM18k). Kos ini agak mahal kerana hospital ini adalah private hospital. Namun begitu, kami mendapat bantuan daripada kerajaan Jepun sebanyak 420,000 yen (RM16k) walupun kami hanyalah orang asing di negara ini. Untuk makluman, bantuan ini memang diberikan kepada ibu-ibu yang melahirkan anak di Jepun dengan syarat residence in Japan. Jadi, kos yang kami perlu bayar kepada pihak hospital adalah sebanyak 50,000 yen (RM2k). Jika melahirkan anak di hospital kerajaan, mungkin kosnya akan menjadi lebih murah.

Terlalu banyak ilmu yang kami pelajari daripada kelahiran anak ini. Saya teringat kata-kata seorang kenalan saya, "anak-anak lahir bersama ilmu untuk dipelajari oleh ibu bapanya". Kadar kelahiran bayi di Jepun sangat rendah. Mungkin sebab itu lah kami dapat menikmati kemudahan dan bantuan-bantuan ini walaupun kami hanyalah orang asing di negara matahari terbit ini. Tetapi, saya percaya, banyak perkara yang boleh kita tiru atau applikasikan di negara kita. Nanti saya akan ceritakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Jepun kepada anak kami di lain entry. InshaaAllah.

Moga bermanfaat.

Sunday 24 July 2011

Bas Itu Telah Rosak

P/S- Hanya untuk meluahkan kekecewaan everytime naik bas.

Kali ni cuti 1st semester U2. Baru habis kimatsu shiken. Cuti, cuma seminggu. Hari tu hari Jumaat. Dah tiba masa untuk aku balik ke Shah Alam. Actually boleh je kalau nak balik hari Ahad, tapi sebab hari Sabtu ada Rexona ADVENTURE Challenge, kena la balik awal. 


Bas sepatutnya bertolak pukul 6:00 petang, tapi 6:15 jugak baru bertolak. Takpe, dah biase. 
Nama syarikat bas perlu dirahsiakan.

Target perjalanan dari Kota Tinggi ke Terminal Bas Selatan (TBS) - lebih kurang 4 jam lebih. So aku akan sampai lebih kurang 10 malam n after that, boleh la naik train KTM ke TBP.


Tapi sayang sekali bas yang aku naiki tiba-tiba mengalami kecederaan dalaman n terdampar di bahu jalan. Kat highway. Kalau tak silap, area Pagoh. Tak pun Muar. Tapi dah dekat la dengan Melaka. Dsebabkan bas rosak, kitorang penumpang terpaksa berpanas-panasan kat dalam bas.


After lebih kurang setengah jam, bas still tak ok. Makin ramai penumpang yang turun n duduk kat tepi highway akibat kepanasan. Ade yg hisap2 rokok, ade yang call kekasih hati masing2 cerita pasal bas rosak, n mcm2 lg la. Aku yang takde sape2 ni, call mak n ayah je la. Takpe, anak soleh.


Lastly, driver bas cakap "shikatanai" (Dah takleh buat ape2 da...). Bas ni kena hantar workshop. So kitorang kena la naik bas lain. Macam mana ni? Esok pagi2 dah kena pegi Bukit Cerakah..Oh my Rexona Challenge.


Driver tu pun tahan la bas2 yang lalu kat situ.

1st bas berhenti, bas tu cuma ade 9 seat kosong. Aku lambat, tak sempat nak naik. Bagi chance kat makcik2 n pakcik2 dulu.

2nd bus berhenti, bas tu cuma ade 7 seat kosong. Ternyata aku masih gagal untuk naik bas. Sebab ade lagi penumpang yang lebih rakus daripada aku.


Lastly, 3rd bas berhenti. Bas kali ni memang kosong. Semua penumpang yang tertinggal dapat naik. Alhamdulillah. Kitorang pun meneruskan perjalanan ke KL after lebih kurang 1 jam setengah terperangkap kat bahu highway.


Tiba di TBS around pukul 12, train memang dah takde. Terpaksa la tidur kat TBS tu n tunggu train pukul 6:30 pagi esoknya.


Tapi ternyata persahabatan itu indah. Tak lama lepas tu,  Ayep, Nizam, Alep, n Imran datang naik kereta ambil aku. Diorang risau takut aku tak sempat nak pegi Rexona Challenge esok. Hehe. Alhamdulillah. Dapat jugak tidur atas katil malam tu. Kalau tak, maybe tidur kat surau TBS.

Tq Ayep n the gang ! ;)

Aku sendiri tak tahu kenapa aku banyak sangat kenangan2 pahit dengan bas. Sampai dah trauma nak naik bas. Kena tinggal dengan bas dekat R&R pun penah. Tak percaya? Baca entri ni. Kenangan Teramatlah Pahit di awal U2.

Saturday 26 March 2011

Kenangan Pahit di awal U2

Hari ni cuaca cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sememangnya hari yang enak untuk dinikmati. Namun, hari ini aku terpaksa pulang ke JAD, kembali menuntut ilmu denki dan denshi.
  
Tiket bas dah beli. Bas Xxxx Xxxxx nama diberi. Tepat jam 9:00 pagi. Bertolak dari Sanggar,Kota Tinggi. Lokasi Terminal Bas Selatan, Kuala Lumpur. Bondaku bangun di awal pagi, menyediakan juadah istimewa untuk kubawa ke TBP. Seawal jam 8:00 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke Kota Tinggi. 
 
Beberapa minit after sampai Kota Tinggi, bas Xxxx Xxxxx menampakkan bayang-bayangnya. Tangan ayahanda & bonda kukucup. Kudakapi mereka erat-erat tanda kasih tak terhingga. Berat hati untuk meninggalkan mereka namun apakan daya, aku memikul amanah bangsa.
  
Bas bertolak. Soro soro meninggalkan bumi Kota Tinggi. Hatiku terasa sepi. Lalu kubaca Al-Mathurat & Buku Bunpou NihonGO N2 sebagai pengubat hati. Tanpa kusedari, aku diulit mimpi. Mimpi yang indah tak dapat kubayangi.
  
Tiba-tiba aku terbangun dari tidurku, rupa-rupanya bas yang kunaiki sedang berhenti di sebuah R&R. Lantas aku pun turun dari bas dan bergegas menuju ke TOILET. Tak lama, hanya 5 minit kurasakan. Tatkala aku keluar dari TOILET itu, Ya Allah, mana bas??
  
Bas dah tinggalkan aku. Laptopku, jisho kesayanganku, masakan bonda tercintaku, semua nya ade kat dalam tu. What should i do?
  
Aku try tahan kereta-kereta kat situ tapi tiada siapa pun yang menghiraukan aku. Lastly ade abang yang baik hati tumpangkan n kejar bas tu. Laju gler! 
  
After lebih kurang 20 minit,baru bas tadi kelihatan. Hon dibunyikn, wiper digerakkan. Akhirnya bas itu berhenti dan aku kembali menaikinya.Thank you la abang! Jasamu kukenang.