Followers

Pages

Sunday 24 July 2011

Bas Itu Telah Rosak

P/S- Hanya untuk meluahkan kekecewaan everytime naik bas.

Kali ni cuti 1st semester U2. Baru habis kimatsu shiken. Cuti, cuma seminggu. Hari tu hari Jumaat. Dah tiba masa untuk aku balik ke Shah Alam. Actually boleh je kalau nak balik hari Ahad, tapi sebab hari Sabtu ada Rexona ADVENTURE Challenge, kena la balik awal. 


Bas sepatutnya bertolak pukul 6:00 petang, tapi 6:15 jugak baru bertolak. Takpe, dah biase. 
Nama syarikat bas perlu dirahsiakan.

Target perjalanan dari Kota Tinggi ke Terminal Bas Selatan (TBS) - lebih kurang 4 jam lebih. So aku akan sampai lebih kurang 10 malam n after that, boleh la naik train KTM ke TBP.


Tapi sayang sekali bas yang aku naiki tiba-tiba mengalami kecederaan dalaman n terdampar di bahu jalan. Kat highway. Kalau tak silap, area Pagoh. Tak pun Muar. Tapi dah dekat la dengan Melaka. Dsebabkan bas rosak, kitorang penumpang terpaksa berpanas-panasan kat dalam bas.


After lebih kurang setengah jam, bas still tak ok. Makin ramai penumpang yang turun n duduk kat tepi highway akibat kepanasan. Ade yg hisap2 rokok, ade yang call kekasih hati masing2 cerita pasal bas rosak, n mcm2 lg la. Aku yang takde sape2 ni, call mak n ayah je la. Takpe, anak soleh.


Lastly, driver bas cakap "shikatanai" (Dah takleh buat ape2 da...). Bas ni kena hantar workshop. So kitorang kena la naik bas lain. Macam mana ni? Esok pagi2 dah kena pegi Bukit Cerakah..Oh my Rexona Challenge.


Driver tu pun tahan la bas2 yang lalu kat situ.

1st bas berhenti, bas tu cuma ade 9 seat kosong. Aku lambat, tak sempat nak naik. Bagi chance kat makcik2 n pakcik2 dulu.

2nd bus berhenti, bas tu cuma ade 7 seat kosong. Ternyata aku masih gagal untuk naik bas. Sebab ade lagi penumpang yang lebih rakus daripada aku.


Lastly, 3rd bas berhenti. Bas kali ni memang kosong. Semua penumpang yang tertinggal dapat naik. Alhamdulillah. Kitorang pun meneruskan perjalanan ke KL after lebih kurang 1 jam setengah terperangkap kat bahu highway.


Tiba di TBS around pukul 12, train memang dah takde. Terpaksa la tidur kat TBS tu n tunggu train pukul 6:30 pagi esoknya.


Tapi ternyata persahabatan itu indah. Tak lama lepas tu,  Ayep, Nizam, Alep, n Imran datang naik kereta ambil aku. Diorang risau takut aku tak sempat nak pegi Rexona Challenge esok. Hehe. Alhamdulillah. Dapat jugak tidur atas katil malam tu. Kalau tak, maybe tidur kat surau TBS.

Tq Ayep n the gang ! ;)

Aku sendiri tak tahu kenapa aku banyak sangat kenangan2 pahit dengan bas. Sampai dah trauma nak naik bas. Kena tinggal dengan bas dekat R&R pun penah. Tak percaya? Baca entri ni. Kenangan Teramatlah Pahit di awal U2.

Saturday 26 March 2011

Kenangan Pahit di awal U2

Hari ni cuaca cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sememangnya hari yang enak untuk dinikmati. Namun, hari ini aku terpaksa pulang ke JAD, kembali menuntut ilmu denki dan denshi.
  
Tiket bas dah beli. Bas Xxxx Xxxxx nama diberi. Tepat jam 9:00 pagi. Bertolak dari Sanggar,Kota Tinggi. Lokasi Terminal Bas Selatan, Kuala Lumpur. Bondaku bangun di awal pagi, menyediakan juadah istimewa untuk kubawa ke TBP. Seawal jam 8:00 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke Kota Tinggi. 
 
Beberapa minit after sampai Kota Tinggi, bas Xxxx Xxxxx menampakkan bayang-bayangnya. Tangan ayahanda & bonda kukucup. Kudakapi mereka erat-erat tanda kasih tak terhingga. Berat hati untuk meninggalkan mereka namun apakan daya, aku memikul amanah bangsa.
  
Bas bertolak. Soro soro meninggalkan bumi Kota Tinggi. Hatiku terasa sepi. Lalu kubaca Al-Mathurat & Buku Bunpou NihonGO N2 sebagai pengubat hati. Tanpa kusedari, aku diulit mimpi. Mimpi yang indah tak dapat kubayangi.
  
Tiba-tiba aku terbangun dari tidurku, rupa-rupanya bas yang kunaiki sedang berhenti di sebuah R&R. Lantas aku pun turun dari bas dan bergegas menuju ke TOILET. Tak lama, hanya 5 minit kurasakan. Tatkala aku keluar dari TOILET itu, Ya Allah, mana bas??
  
Bas dah tinggalkan aku. Laptopku, jisho kesayanganku, masakan bonda tercintaku, semua nya ade kat dalam tu. What should i do?
  
Aku try tahan kereta-kereta kat situ tapi tiada siapa pun yang menghiraukan aku. Lastly ade abang yang baik hati tumpangkan n kejar bas tu. Laju gler! 
  
After lebih kurang 20 minit,baru bas tadi kelihatan. Hon dibunyikn, wiper digerakkan. Akhirnya bas itu berhenti dan aku kembali menaikinya.Thank you la abang! Jasamu kukenang.