Followers

Saturday, 26 March 2011

Kenangan Pahit di awal U2

Hari ni cuaca cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sememangnya hari yang enak untuk dinikmati. Namun, hari ini aku terpaksa pulang ke JAD, kembali menuntut ilmu denki dan denshi.
  
Tiket bas dah beli. Bas Xxxx Xxxxx nama diberi. Tepat jam 9:00 pagi. Bertolak dari Sanggar,Kota Tinggi. Lokasi Terminal Bas Selatan, Kuala Lumpur. Bondaku bangun di awal pagi, menyediakan juadah istimewa untuk kubawa ke TBP. Seawal jam 8:00 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke Kota Tinggi. 
 
Beberapa minit after sampai Kota Tinggi, bas Xxxx Xxxxx menampakkan bayang-bayangnya. Tangan ayahanda & bonda kukucup. Kudakapi mereka erat-erat tanda kasih tak terhingga. Berat hati untuk meninggalkan mereka namun apakan daya, aku memikul amanah bangsa.
  
Bas bertolak. Soro soro meninggalkan bumi Kota Tinggi. Hatiku terasa sepi. Lalu kubaca Al-Mathurat & Buku Bunpou NihonGO N2 sebagai pengubat hati. Tanpa kusedari, aku diulit mimpi. Mimpi yang indah tak dapat kubayangi.
  
Tiba-tiba aku terbangun dari tidurku, rupa-rupanya bas yang kunaiki sedang berhenti di sebuah R&R. Lantas aku pun turun dari bas dan bergegas menuju ke TOILET. Tak lama, hanya 5 minit kurasakan. Tatkala aku keluar dari TOILET itu, Ya Allah, mana bas??
  
Bas dah tinggalkan aku. Laptopku, jisho kesayanganku, masakan bonda tercintaku, semua nya ade kat dalam tu. What should i do?
  
Aku try tahan kereta-kereta kat situ tapi tiada siapa pun yang menghiraukan aku. Lastly ade abang yang baik hati tumpangkan n kejar bas tu. Laju gler! 
  
After lebih kurang 20 minit,baru bas tadi kelihatan. Hon dibunyikn, wiper digerakkan. Akhirnya bas itu berhenti dan aku kembali menaikinya.Thank you la abang! Jasamu kukenang.